Ganjaran jambangan bunga menggunakan wang kertas bernilai RM10,000, sebagai hadiah sempena kejayaan anak memperolehi 5A dalam UPSR

0

Setiap ibu-bapa pasti mempunyai cara tersendiri untuk menghargai dan menggembirakan hati anak-anak mereka.

Begitu juga bagi pasangan Ihsan Fahmi bersama isterinya Norashikin Pauzai yang telah membuat kejutan sempena kejayaan anaknya memperolehi 5A dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah diumumkan baru-baru ini.

Kejutan yang sangat luar biasa apabila pasangan ini menghadiahkan sejambak bunga yang digubah menggunakan wang bernilai RM10,000 bagi meraikan kejayaan anaknya, Muhammad Danish Haziq.

Bagi pasangan yang menjalankan perniagaan kedai makan terkenal, Cafe Adik Abang yang cukup popular dengan pelbagai jenis lauk pauk di sekitar Alor Setar, Kedah ini merupakan cara yang terbaik dalam memotivasikan anaknya supaya terus berusaha dalam mencapai kejayaan di masa hadapan.

Kisah adik Danish menerima jambangan bunga bernilai RM10,000 ini mula tular di media sosial apabila pemilik Facebook yang dikenali sebagai Una Rushana telah memuat naik beberapa foto berkenaan hadiah mewah ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2582996005087694&id=100001319583625

Una Rushana merupakan seorang pengusaha perkhidmatan menggubah bunga yang telah diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan tempahan jambangan bunga bernilai RM10,000.

Leave a Reply