Sesi persekolahan untuk 2021, dua bulan digunakan bagi bantuan, sokongan dan dukungan pelajar lemah

0

Sesi persekolahan untuk tahun 2021 dilanjutkan hingga Mac 2022.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, lanjutan tempoh dua bulan itu, bagi memberi bantuan, sokongan dan dukungan kepada pelajar yang lemah dan mengukuhkan pencapaian murid yang cemerlang.

Beliau berkata, murid akan kekal pada tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari.

“Dalam tempoh dua bulan itu, sekolah akan gunakan bagi memberi bantuan, sokongan dan dukungan kepada pelajar yang lemah dan mengukuhkan pencapaian murid yang cemerlang,” katanya pada sidang media pengoperasi sekolah.

Sementara itu, pemakaian pelitup muka bagi murid diwajibkan di sekolah.

Katanya, pemakaian pelitup muka dua lapis pula digalakkan.

“Bagi keluarga dari sosioekonomi rendah, Kementerian Pendidikan akan ikhtiar untuk membekalkan pelitup muka,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply