Sering berkongsi video masakan, dapur rumah Norman dan Memey pula jadi perhatian netizen

0

Isteri kepada pelakon dan pengacara Norman Hakim, Memey Suhaiza meminati aktiviti memasak dan acapkali dilihat berkongsi masakan hasil air tangannya menerusi platform media sosial Instagram peribadinya.

Malah, Norman sendiri sering memuji kehandalan isterinya di dapur dengan mengatakan apa sahaja masakan yang disediakan oleh isteri tersayang pasti menjadi.

Terkini, Memey berkongsi sedang menyiapkan masakan sambal sambil ‘live chat’ bersama pengikutnya.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai ialah kecantikan dan keselesaan ruang dapur basah pasangan ini yang terletak di kawasan terbuka bahagian belakang rumah mereka.

Alahai.. Cantiknya panorama dengan pokok hiasan, kawasan luas dan bersih.Sejuk mata memandang. Nak memasak pun seronok kan..

Di ruangan komen, rata-rata memuji ruang dapur Memey yang cantik dan kemas itu.

Masak lama sikit ye Memey. Bolehlah kami cuci mata, mana tahu boleh dijadikan idea menghias dapur kami 😊

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply