Sunday, November 28, 2021
Home BERITA HIBURAN Serina Chef Wan sah bergelar isteri, pilih pegawai polis sebagai teman hidup

Serina Chef Wan sah bergelar isteri, pilih pegawai polis sebagai teman hidup

0

Selepas hampir lima tahun menjadi ibu tunggal kepada dua anak, Serina Redzuawan, 39, mengesahkan dirinya bernikah kali kedua melalui hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu memilih pegawai polis, Meor Mohammad Aidid sebagai pasangan hidup.

“Bismillahirahmanirahim, sempena had jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT Serina nak umumkan i dah selamat mendirikan masjid bersama Suami
majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“Alhamdulillah diselesaikan yg wajib dahulu,
benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia
Allah, kita yg lahir di bumi semuanya dah
tertulis di Kitab Loh Mahfuz, Alhamdulillah
dia lah yg terbaik yg ALLAH kirimkan buatku
untuk menjadi imam serta khalifah dalam
keluargaku.

“Terima kasih Papa merestui
perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya
kita buat kenduri doa selamat dan makan
di restoran Papa ya. Terima kasih juga
kepada keluarga serta sahabat yang tak
putus bed Serina & Aidid semangat serta
doa.

“SAYANG TERIMA KASIH TERIMA I
SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI
KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA
ALLAH SWT AMINN..” tulis Serina.

Mengenai suaminya yang berstatus duda tanpa anak, Serina mengakui mereka berkenalan kira-kira setahun lalu.

Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Tahniah dan selamat melayari bahtera kebahagiaan Serina dan Tuan Aidid dari kami di The Malaya Post.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com

Leave a Reply