Serangan terhadap wanita hamil oleh Anti Islam di Australia

0

Presiden Australian Federation of Islamic Councils (AFIC), Dr Rateb Jneid mengutuk sekeras-kerasnya serangan seorang lelaki Anti Islam ke atas seorang wanita Muslim yang sedang hamil 38 minggu.

View this post on Instagram

Serangan terhadap wanita hamil oleh Anti Islam di Australia Presiden Australian Federation of Islamic Councils (AFIC), Dr Rateb Jneid mengutuk sekeras-kerasnyabserangan seorang lelaki anti Islam ke atas seorang wanita Muslim yang sedang hamil 38 minggu. Ianya merujuk kepada laporan hari ini beserta video rakaman CCTV mengenai serangan ganas terhadap seorang wanita hamil yang sedang berbual bersama kawan-kawan di sebuah kafe, di Parramatta, Australia. “Fikiran dan doa kami adalah kepda mangsa dan keluarga yang tidak bersalah. Kami juga memuji tindakan orang ramai yang campur tangan untuk menghentikan serangan dan menangkap si pelaku. Tanpa tindakan dan bantuan dari orang ramai pasti serangan itu akan bertukar menjadi insiden tragis”. “Keganasan terhadap wanita mesti dikutuk sekerasnya dan wanita akan merasa tidak selamat untuk melakukan perkara-perkara rutin seperti masyarakat lain”, ujarnya. Berita penuh disini : https://themalayapost.my/serangan-ke-atas-wanita-hamil-oleh-anti-islam-di-australia/

A post shared by THE MALAYA POST (@themalayapost) on

Ia merujuk kepada laporan hari ini beserta video rakaman CCTV mengenai serangan ganas terhadap seorang wanita hamil yang sedang berbual bersama kawan-kawan di sebuah kafe, di Parramatta, Australia.

“Fikiran dan doa kami adalah kepda mangsa dan keluarga yang tidak bersalah.  Kami juga memuji tindakan orang ramai yang campur tangan untuk menghentikan serangan dan menangkap si pelaku. Tanpa tindakan dan bantuan dari orang ramai pasti serangan itu akan bertukar menjadi insiden tragis”.

“Keganasan terhadap wanita mesti dikutuk sekerasnya dan wanita akan merasa tidak selamat untuk melakukan perkara-perkara rutin seperti masyarakat lain”, ujarnya.

Dalam kes ini, polis New South Wales telah mengesahkan ini merupakan serangan berunsur Islamophobia dan memberitahu pelaku menjerit menyatakan kebencian terhadap Islam kepada mangsa dan kawan-kawannya.

Diskriminasi dan prasangka buruk terhadap Islam  di Australia semakin meningkat  dan serangan seperti ini nyata berbahaya khususnya terhadap wanita Islam.

Dr Rateb Jneid turut menyatakan, menyerang seorang wanita hamil yang sedang melakukan aktiviti peribadi bersama teman-teman merupakan tindakan keterlaluan dan si pelaku mesti diadili ke dalam sistem keadilan sepenuhnya.

Leave a Reply