‘Serangan Israel di Gaza mungkin jenayah perang’

0

GENEVA : Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), semalam membuat keputusan untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung insiden keganasan terbaru di Gaza serta pencabulan ‘sistematik’ di wilayah Palestin dan jajahan Israel.

Resolusi itu diluluskan dengan sokongan 24 daripada 47 anggota majlis terbabit.

Ia sekali gus bakal mendorong suatu tahap pembongkaran belum pernah berlaku sebelum ini, terhadap pelanggaran undang-undang serta ‘punca tunjangnya’ dalam konflik Asia Barat yang telah berlarutan selama berdekad-dekad itu.

Lapor Agensi Media, teks dibentangkan oleh Pakistan mewakili Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) itu dibahaskan pada sesi khas sehari diadakan majlis berkenaan bagi memfokus isu peningkatan keganasan antara Israel dengan Palestin yang mengorbankan banyak nyawa, baru-baru ini.

Pada pembukaan sesi itu, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet menyuarakan kebimbangannya, khusus mengenai ‘kadar korban dan kecederaan orang awam yang tinggi’ akibat serangan ke atas Gaza.

Beliau sekali gus memberi amaran bahawa serangan Israel itu ‘berkemungkinan merupakan jenayah peperangan.’

Pada masa sama, katanya, tindakan Hamas melancarkan serangan roket ‘secara sembarangan’ terhadap Israel adalah ‘pelanggaran jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.’

Kementerian Luar Palestin menghormati langkah itu dengan menyifatkannya sebagai ‘mencerminkan tekad komuniti antarabangsa untuk menuju ke arah akauntabiliti, penguatkuasaan undang-undang, dan melindungi hak asasi manusia rakyat Palestin.’

Bagaimanapun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam keputusan itu sebagai ‘memalukan’.

“Keputusan memalukan itu adalah satu lagi contoh obsesi anti-Israel secara terang-terangan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply