Serangan di Binnish, Idlib

0

Ketika kita masih seronok meraikan Hari Raya Aidiladha, keadaan sebaliknya berlaku di utara Syria.

Sekurang-kurangnya empat dilaporkan terkorban dan dua lagi kritikal selepas menjadi mangsa serangan terbaru regim Bashar al Assad ke atas Binnish, di Idlib.

Angka kematian dijangka meningkat kerana terdapat mangsa yang dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan.

Detik-detik serangan yang dilancarkan pada awal pagi Isnin (3 Ogos 2020) sempat dirakam oleh orang awam ketika mereka melarikan ke kawasan selamat.

Inilah Syria…mereka yang tidak berdosa berterusan dibunuh tanpa masa dan ketika.

#syriacaremedia #stopkillingSyrians

Razali Awang

Media Syria Care

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply