[VIDEO] Serah kuasa pada Anwar Ibrahim? Biar Dewan Rakyat tentukan – Tun M #PMJawab

1

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, sudah menjadi kelaziman mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi memerlukan seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri harus mendapat sokongan majoriti.

Ini kerana tanpa sokongan majoriti, pemimpin berkenaan tidak akan kekal lama.

“Jadi seseorang itu tidak cekap dalam mendapat sokongan ini dia tidak akan kekal, mungkin akan di tolak.

“Itulah sebabnya dalam demokrasi kita perlu ambil kira perasaan orang ramai kerana mereka yang akan menentukan nasib kita, dengan itu apabila kita memegang jawatan kita perlu berjaga-jaga jangan buat sesuatu yang boleh menyakitkan majoriti.

“Ya mungkin ada pihak yang tidak pernah puas hati tapi kalau mereka dalam majoriti kita masih dapat kekal diri,” kata Tun Dr. Mahathir.

Kepada soalan berkenaan transisi kuasa yang bakal berlaku dan tindakan parti pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, berikut pandangan Tun Dr. Mahathir.

“Kita berjanji dan kita pegang kepada janji kalau pun saya nak mungkir janji saya cuma jadi PM kerana dapat sokongan daripada parti saya terutamanya daripada majoriti ahli dewan rakyat dengan itu saya dapat jadi PM.

“Kalau saya nak letak jawatan tetapi majoriti dalam dewan rakyat tolak saya, saya jatuh. Itu cara demokrasi. Yang sebenarnya ialah dewan rakyat, ahli-ahlinya, mereka boleh menentukan saya terus jadi PM ataupun tidak.

“Kalau saya kata saya tak nak letak jawatan tetapi mereka tidak sokong saya, saya jatuh. Saya tidak boleh jadi PM sebab itu yang betul-betul berkuasa ialah parti, kalau parti itu dapat majoriti tetapi kalau parti itupun tidak dapat sokongan majoriti daripada ahli dewan rakyat saya tidak boleh jadi PM,” katanya.

Beliau turut menegaskan ini merupakan tanggungjawab ahli Dewan Rakyat dari parti majoriti mahupun parti pembangkang.

Pun begitu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan meskipun seseorang itu berada dalam lingkungan parti majoriti tetapi apabila mencalonkan seseorang berkenaan dan ahli Dewan Rakyat menolak hakikatnya seseorang itu tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Bercakap soal kepimpinan dan bagi mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin nombor satu negara,  beliau menyatakan pandangan ahli politik perlu mengambil berat tentang pandangan dan masalah rakyat serta cuba menyelesaikan masalah ini.

“Kalau kita tidak  peduli apa berlaku kepada rakyat asalkan kita dapat kedudukan yang tinggi saya fikir tidak lama kita akan dapat tempat tetapi kalau kita selalu mengambil tahu apakah masalah rakyat dan kita cuba tolong mereka, cuba selesaikan masalah mereka umpamanya kalau mereka tutup kedai, kita ingin tahu kenapa atau kalau ada sesuatu yang kita boleh dilakukan oleh kita untuk mereka buka kedai balik kita perlu lakukan tetapi kadang-kadang ada had-had yang kita tak boleh atasi yang itu kita terpaksa terimalah tetapi kalau majoriti menghadapi masalah dan kita tidak berjaya mengatasi saya fikir kita perlu terima mereka akan tolak kita,” ulas Tun Dr. Mahathir. –– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply