Sepanjang tempoh PKP, PDRM adakan 743 sekatan jalan raya, 293,051 kenderaan telah diperiksa

0

Hari ini merupakan hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan hari ini merupakan hari keenam PKP Fasa Kedua dilaksanakan.

Memetik perkongsian Dato’ SeriI smail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan Malaysia dari laman Facebook rasminya, sejak semalam (5 April), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan kira-kira 743 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 293,051 kenderaan.

Sebanyak 25,818 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan ianya melibatkan 4,822 premis yang diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Pihak PDRM juga telah menahan seramai 554 individu di sekatan jalan raya dan juga rondaan kerana melanggar PKP dan dengan jumlah yang di tangkap semalam menunjukkan peningkatan sebanyak 51% berbanding dengan 368 tangkapan pada hari sebelumnya (04 April 2020).

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Minggu, 05 April 2020

“Saya dimaklumkan oleh pihak PDRM bahawa peningkatan tersebut berlaku kerana mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar di hari minggu kerana semalam merupakan hari Ahad jadi ramai yang keluar dan ianya dianggap melakukan kesalahan yang melanggar kesalahan-kesalahan dibawah PKP ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, daripada 554 individu ditahan, jumlah yang direman adalah seramai 489 dan 65 individu dijamin manakala 213 individu daripadanya telah pun dituduh di mahkamah semalam.

Untuk jumlah keseluruhan, yang ingkar PKP sejak daripada 18 Mac sehingga 5 April, adalah sebanyak 6,048 individu.

Beliau turut menegaskan tindakan keras akan diambil dan ianya telah pun bermula.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengikut segala arahan dibawah PKP ini bagi mengelakkan tangkapan dibuat.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply