Sepanjang tempoh PKP, KKM senarai lima kaedah mengambil bekalan ubat susulan

0

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pesakit tidak perlu risau sekiranya bekalan simpanan ubatan telah habis dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan bekalan tersebut dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak KKM telah mencadangkan beberapa cara atau perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai atau pesakit mengambil bekalan ubat susulan melalui:

1) Ubat Melalui Pos (UMP)

Bekalan ubat susulan dihantar terus ke rumah melalui pos.

2) Sistem temujanji farmasi

Dapatkan tarikh ambil ubat agar bekalan ubat dapat disediakan sebelum anda datang.

3) Farmasi pandu lalu (drive-thru)

Dapatkan ubat melalui kaunter farmasi pandu lalu.

4) Locker4u

Ambil bekalan ubat susulan dalam loker yang disediakan.

5) Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

Ambil bekalan di fasiliti kesihatan pilihan anda.

KKM mengingatkan bahawa jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah mungkin berbeza di setiap fasiliti, justeru itu untuk maklumat lanjut anda boleh berbincang dengan ahli farmasi disetiap fasiliti anda menerima rawatan.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, terdapat beberapa cara untuk pesakit mendapatkan bekalan ubatan mereka dari fasiliti KKM. Rujuk infografik bagi mengetahui langkah-langkah tersebut.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 26 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply