Seorang anggota Exco Pemuda UMNO Malaysia meletak jawatan, sertai parti DAP?

0

Dikala kesibukan persiapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 yang akan bermula pada 4 Disember giat dilakukan, hangat satu perkhabaran politik disebuah negeri di pantai timur apabila seorang anggota Exco Pemuda UMNO Malaysia telah meletak jawatan dan dipercayai menyertai parti DAP.

Anggota Exco Pemuda UMNO pusat berkenaan yang juga merupakan Ketua Pemuda Dun dan juga Exco Pemuda UMNO Bahagian disebuah negeri di Pantai Timur itu, secara tiba-tiba meletak jawatan dan tidak lagi kelihatan di daerah berkenaan.

Sesuatu yang mengejutkan ramai apabila seorang ahli UMNO yang berjawatan dan aktif, telah mengambil keputusan drastik melompat parti dan memilih parti DAP sebagai sandaran baru politiknya?

Perkhabaran ini mula bertebaran di platform media sosial apabila beberapa ahli UMNO membuat perkongsian secara sindiran pedas terhadap tindakan seseorang yang berjawatan tinggi, dipilih oleh ahli parti dalam menggalas tanggungjawab untuk menaikkan kembali kepercayaan rakyat terhadap perjuangan UMNO yang kini dalam proses ‘bangkit’ kembali.

Sumber memberitahu, bekas ahli UMNO ini merupakan orang kuat dan menjadi kepercayaan mantan YB di dun berkenaan yang telah tewas pada PRU lepas.

Malah ada beberapa sumber memberitahu, masalah kekangan kewangan menyebabkan Exco Pemuda UMNO Malaysia berkenaan bertindak mengambil keputusan mengejut sedemikian.

Ketika ‘musim bah’ melanda di negeri Pantai Timur, terselit juga kehangatan perkhabaran panas politik yang kurang enak didengar.

Diharap politik bekas ahli UMNO berjawatan tinggi itu bukan sekadar politik bermusim!

Semoga berbahagia dengan pilihan ‘payung’ yang baru.

nota pengarang : Ketika musim banjir melanda, bermacam jenis ubi berada di pasaran. Emmmm… ‘dap’ nyaaa!

Leave a Reply