Seolah-olah diberi peluang kedua untuk hidup, pengalaman seorang pemuda lalui detik hitam terbabit dengan nahas jalan raya menginsafkan diri

0

Satu tragedi hitam mengubah segalanya.

Kisah coretan seorang pemuda yang masih diberi peluang kedua untuk hidup setelah terbabit dengan  nahas kemalangan jalan raya.

Perkongsian yang dikongsi melalui laman Twitter @hlmndzkr menceritakan detik awal kisahnya, yang menjalani rutin hariannya pada awal pagi akan bergerak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Ketika kejadian, di hatinya tidak tenang dan mula merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku tetapi dia menepis segala prasangka buruk dan memandu seperti biasa.

Ketika melalui satu selekoh jalan raya, pemuda berkenaan berkata matanya secara tiba-tiba terlelap lalu kereta yang dipandu itu terbabas melanggar penghadang besi jalan.

Setelah tersedar dia dimaklumkan keretanya remuk teruk akibat rempuhan berkenaan.

Dia terkejut hingga terduduk seketika dengan apa yang menimpanya.

Setelah dua jam berada dalam keadaan ‘blank’ dan keliru, pemuda terbabit mula menyedari dan berasa pelik apabila orang awam dan kereta peronda polis yang melalui kawasan itu langsung tidak berbenti untuk hulurkan bantuan sehinggalah datang seorang hamba Allah ini.

Kehadiran seorang hamba Allah ketika itu telah membuat dia berfikir sejenak akan kata-kata yang diucapkan olehnya.

Hamba Allah terbabit memberi pesanan dan mengingatkan bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.

Selepas 10 minit kemudian, ahli keluarganya tiba di tempat kejadian lalu membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Melalui keputusan MRI scan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius yang dialami dan hanya terdapat kesan luka pada bahagian belakang badannya.

Rentetan dari tragedi yang hampir meragut nyawanyaitu telah memberi pengajaran kepadanya supaya berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Warga Twitter yang membaca perkongsian pemuda terbabit turut sama berkongsi kisah kemalangan yang dialami masing-masing dan bersetuju dengan iktibar di sebalik kejadian yang berlaku.

Leave a Reply