Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya ke Jakarta untuk aksi bertemu Indonesia malam ini.

0

Berikut senarai nama 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk ke Jakarta, Indonesia bagi menghadapi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman websitenya berkata Tiga pemain dari senarai awal 27 pemain menyertai latihan pusat bermula 25 Ogos lalu yang telah digugurkan adalah Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor) dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC).

Ahmad Hazwan dimasukkan pada minit ke-61 pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, baru-baru ini manakala Mohd Faiz dan Muhammad Jafri tidak diturunkan.

Malaysia tewas tipis 1-0.

KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, TAN CHENG HOE:

“Hazwan kita tahu dia seorang penyerang yang berkaliber tetapi kurang beraksi dan sebab itulah dia tidak dapat mengekalkan prestasi dan tempo perlawanan antarabangsa. Kita akan beri dia peluang pada masa akan datang dan memantau prestasinya dalam saingan Piala Malaysia nanti.

“Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit. Jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti.

“Sementara Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan. Tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan.

“Ketiga-tiga pemain ini akan terus dipantau kerana kemungkinan besar selepas pulang dari Jakarta nanti, mereka akan dipanggil semula untuk menggantikan mana-mana pemain, jika terdapat kecederaan bagi menghadapi perlawanan kedua bertemu UAE di Bukit Jalil pada 10 September nanti.

“Saya membuat keputusan untuk membawa 24 pemain ke Jakarta kerana kita tahu Mohamadou Sumareh masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Sebab itulah kita bawa lebih seorang pemain sebagai langkah persedian jika Sumareh tidak seratus peratus bersedia untuk bertemu Indonesia.

“Cuma pada hari perlawanan nanti, hanya 23 pemain akan disenaraikan dan seorang pemain terpaksa diketepikan.” katanya.

Leave a Reply