Semua pengawal keselamatan warda asing wajib buat saringan kesihatan

0

Berhubung kluster baru yang melibatkan pegawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah Cheras di Kuala Lumpur, pihak kerajaan masih lagi tidak memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dikuatkuasakan atau tidak.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengasingkan kesemua pengawal keselamatan yang positif COVID-19 di hospital untuk dirawat.

“Manakala kontak rapat mereka juga telah dikenalpasti dan diambil sampel ujian saringan kesihatan.

“Hari ini mesyuarat juga telah bersetuju bahawa semua pegawal keselamatan warga asing diwajibkan membuat saringan kesihatan.

“Dari segi penutupan atau tidak ia bergantung kepada keputusan pandangan dan nasihat dari KKM,” jelas beliau.

COVID19 : SEMUA PENGAWAL KESELAMATAN WARGA ASING DIWAJIBKAN UNTUK MEMBUAT SARINGAN…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 08 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply