Sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia, bangunan ikonik di Putrajaya dilimpahi warna jingga bermula malam ini

0

Tahukah anda pada hari ini dunia menyambut Hari Keselamatan Pesakit Sedunia.

Dengan tema sambutan ‘Speak Up for Health Worker Safety’ atau ‘bersuaralah untuk keselamatan petugas kesihatan’ ianya amat selari dengan wabak pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi seluruh dunia.

Dilaporkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020 yang akan dirasmikan Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, jam 2 petang hari ini.

Di majlis sambutan terbabit, Menteri Kesihatan juga akan melancarkan buku Quick Guide on Preventing Prescription Error.

Sebagai tanda sokongan, beberapa bangunan ikonik di Putrajaya akan dilimpahi warna jingga bermula malam ini sehingga 20 September depan.

Dalam pada kita mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, namun jangan dilupa tentang pengorbanan petugas kesihatan yang amat  berisiko tinggi dijangkiti wabak ini.

Untuk rekod, terdapat tiga kluster telah dikesan yang melibatkan petugas kesihatan dan swasta iaitu Kluster Sentosa, Telaga dan Sungai.

Terbaharu, empat petugas kesihatan di Lahad Datu disahkan positif COVID-19. Beberapa kematian melibatkan petugas kesihatan juga berlaku.

Justeru, petugas kesihatan perlu memastikan diri mereka sihat fizikal dan mental terlebih dahulu demi keselamatan pesakit.

Jangan lepaskan peluang menonton acara sambutan yang disiarkan menerusi laman media sosial, Facebook KKM secara live petang ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply