Sembilan manfaat pisang untuk ibu hamil

0

Pisang sering dikaitkan dengan ahli sukan kerana khasiatnya membantu menambahkan tenaga ketika sedang bertanding dalam sesuatu kejohanan mahupun sedang berlatih.

Tahukah anda, pisang amat bermanfaat untuk ibu hamil?

Apa tidaknya, buah ini kaya dengan vitamin B6, sumber vitamin C dan mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Pisang mempunyai pelbagai khasiat yang sesuai untuk ibu hamil.

Dengan menjadikan pisang sebagai makanan harian, ianya dapat membantu ibu dan bayi dalam kandungan lebih sihat serta  bertenaga.

Di sini kami senaraikan sembilan manfaat pisang untuk ibu hamil.

1. Mencegah bayi lahir dengan cacat bawaan.

2. Mengatasi anemia.

3. Meredakan morning sickness.

4. Melancarkan pencernaan.

5. Meningkatkan daya tahan tubuh.

6. Memberikan tambahan tenaga.

7. Mengenyangkan.

8. Menjaga tekanan darah supaya stabil

9. Mengurangkan stress.

Berdasarkan kenyataan dan kelebihan yang disenaraikan di atas, bolehlah kita simpulkan  pengambilan pisang amat sesuai untuk ibu hamil.

Haaa, jadi para suami bolehlah mula menyediakan pisang sebagai salah satu makanan wajib ketika pasangan masing-masing sedang hamil ya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply