Sembilan beruk, kera disuntik vaksin COVID-19

0

Suntikan vaksin COVID-19 bukan sahaja disuntik untuk manusia, malah binatang juga boleh menerima vaksinasi wabak pandemik ini.

Sementara itu, di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS),sembilan beruk dan kera menjadi kumpulan haiwan pertama disuntik vaksin COVID-19.

AFP melaporkan pegawai Zoo San Diego, California berkata, empat orang utan dan lima cimpanzi, bonobo masing-masing diberikan dua suntikan vaksin yang dibuat khusus untuk haiwan oleh syarikat farmaseutikal veterinar.

Eksperimen itu dibuat selepas lapan gorila di zoo berkenaan disahkan dijangkiti Covid-19 daripada kakitangan pada Januari.

“Selepas lapan gorila jatuh sakit pada Januari lalu, Zoo San Diego menerima vaksin eksperimen Covid-19 untuk disuntik kepada kumpulan haiwan itu,” tulis syarikat farmaseutikal, Zoetis di Twitter.

Pegawai Kesihatan dan Pemuliharaan Hidupan Liar, Zoo San Diego, Nadine Lamberski berkata, penggunaan vaksin eksperimen pada haiwan di zoo adalah perkara luar biasa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply