Semak wang tidak dituntut secara online melalui eGUMIS

0

Bagi mempercepatkan proses semakan wang tidak dituntut, satu sistem yang diberi nama Electronic Government Unclaimed Money Information System atau eGUMIS dan boleh diakses terus ke portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Dalam satu sidang media, terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja, ucap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz

Terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) antaranya:

1. Wang yang harus dibayar di sisi undang-undang kepada empunya namun tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

i. Gaji, upah, bonus, komisen dan wang lain yang harus dibayar kepada kakitangan.
ii. Dividen.
iii. Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan.
iv. Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
v. Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
vi. Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang.
vii. Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
viii. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

i. Akaun simpanan.
ii. Akaun semasa.
iii. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun pula terbahagi kepada dua iaitu:

i. Akaun pemiutang dagangan
ii. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Setiap semakan mengenai Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh dilakukan secara atas talian online di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

Pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan kerana Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Malahan sebarang transaksi bayaran dan serahan WTD adalah melalui Online Banking sahaja.

Cara Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut

Selain menggunakan sistem eGUMIS, orang ramai juga boleh membuat semakan Wang Tidak Dituntut dengan berkunjung ke kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada waktu bekerja. Caranya ialah:

i. Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
ii. Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
iii. Semakan WTD akan dilakukan oleh pegawai JANM yang bertugas.
iv. Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit tanpa eGUMIS
v. Segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan akan disenaraikan oleh pegawai yang bertugas.

Semakan ini juga sama seperti eGUMIS, sepenuhnya percuma tanpa bayaran.

Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS

Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

Garis panduan permohonan tuntutan WTD telah ditetapkan oleh Pendaftar WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan, malah pemohon boleh merujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD yang disediakan.

Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.

Leave a Reply