Elyana selesai rawatan kemoterapi, peminat kagum ketabahan Elyana

0

Penyanyi, Elyana selesai jalani rawatan kemoterapi semalam untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata dia dibenarkan pulang ke rumah esok dan dijadualkan untuk jalani rawatan kemoterapi ke dua pada dua minggu lagi.

Perkara itu dikongsinya dalam satu rakaman live di Instagramnya.

Kepada satu soalan peminat Elyana berkata dia ingin selalu gembira dan yakin segala ubat mujarab jika diri sendiri gembira dan sentiasa positif.

“Saya mahu dalaman saya happy, Sehingga kini berat badan Elyana sudah 47 kilogram berbanding dahulu di mana pernah mencecah 35 kilogram”, katanya.

Elyana kelihatan begitu cantik tanpa secalit solekan dan ceria ketika menjawab pertanyaan ramai yang rata-rata begitu kagum dengan katabahannya.

Jom kita dengar soal jawab Elyana bersama peminat dan rakan artisnya.

Elyana menghidap kanser limfoma tahap 4 semenjak 10 tahun lalu.

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan buat Elyana.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply