Air banjir di Boston Amerika Syarikat yang begitu jernih, padamkan bayangan “klise” tentang bencana banjir.

0

Jika tibanya musim hujan dan banjir, semestinya warganet akan membayangkan keadaan air yang keruh, kotor dan dipenuhi sampah sarap.

Kejadian banjir yang berlaku di Boston, Amerika Syarikat telah mengubah persepsi terhadap bayangan “klise” tentang banjir.

Perkongsian video berdurasi satu minit ini menunjukkan sebuah kenderaan sedang mengharungi arus banjir yang airnya masih tidak terlalu dalam.

Namun apa yang lebih menarik minat adalah kejernihan air banjir hingga jalan dan garisan perantaraan jalan boleh dilihat dengan jelas.

Video ini telah tular di seluruh platform media sosial dan video ini juga asalnya dikongsi oleh pemilik laman Twitter, David Caruso dan kemudian dikongsikan oleh pengikutnya di laman berkenaan.

 

Leave a Reply