Selepas 10 Mei pergerakan rentas negeri dibenarkan untuk kecemasan

0

Bagi pergerakan rentas negeri yang bermula kelmarin (7 Mei), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meluluskan 26,181 permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 6,304 kebenaran pulang melalui borang secara manual.

PDRM juga telah membuka 98 sekatan jalan raya untuk memantau pergerakan rentas negeri yang berjalan selama empat hari.

Menteri Kanan Keselamatan berkata merujuk laporan daripada PDRM, pergerakan kelmarin berjalan dengan lancar.

“Pergerakan pulang ini melibatkan individu yang terkandas di Kuala Lumpur yang pulang ke kediaman negeri masing-masing.

“Kebanyakan orang ramai memulakan pergerakan selepas waktu sahur dan waktu malam serta dapat dilihat masing-masing sangat mematuhi SOP dengan baik.

“Bagi pergerakan rentas negeri hari ini yang melibatkan negeri Perak, Johor dan Kelantan kira-kira 70,538 kebenaran telah diluluskan,” ujar beliau.

Manakala esok sebanyak 54,151 kebenaran rentas negeri dikeluarkan oleh PDRM melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Melaka dan Pahang.

“Seterusnya untuk 10 Mei, sebanyak 77,836 kebenaran bagi mereka di negeru Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” kata Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, beliau berkata kebenaran pergerakan rentas negeri hanyalah dibenarkan pada tarikh 7 hingga 10 Mei dan jika terdapat individu yang berhasrat pulang selepas tarikh terbabit ia perlu mengikuti SOP asal iaitu mendapat kebenaran dari pihak polis terlebih dahulu.

“Kebenaran melibatkan perkara kecemasan sahaja dibenarkan merentas negeri seperti kematian keluarga dan sebagainya.

“Bagi individu yang sudah pulang ke kediaman masing-masing dan ingin pulang kembali ke kampung adalah tidak dibenarkan kerana pergerakan rentas negeri hanyalah melibatkan perjalanan satu hala sahaja.

“Namun pergerakan rentas negeri dibenarkan untuk perjalanan ke tempat kerja dengan syarat memiliki surat kebenaran dari PDRM,” kata beliau dalam sidang media harian petang tadi.

Laporan PDRM menunjukkan pergerakan rentas negeri semalam berjalan secara lancar.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Jumat, 08 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply