Selangor negeri paling tinggi cubaan rentas negeri

0

Selangor mencatat negeri paling tinggi cubaan merentas negeri untuk pulang ke kampung dengan 329 rekod, seterusnya diikuti Kedah sebanyak 211 dan 196 di Pulau Pinang.

Sebanyak 1,613 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan untuk pulang ke kampung dan diarahkan berpatah balik oleh pihak berkuasa pada 22 Mei 2020.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan, didapati terdapat sedikit penurunan jumlah kumulatif yang cuba rentas negeri berbanding hari sebelumnya sebanyak 2,539 kenderaan.

Semalam, PDRM telah mengadakan 157 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri dan memeriksa sebanyak 216,594 kenderaan di seluruh negara.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply