Selamat kembali ke sekolah, adik-adik jangan lupa patuhi SOP ya!

0

Hari ini sekolah mula dibuka semula melibatkan murid sekolah rendah, pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat, enam serta pelajar peralihan.

Setelah hampir empat bulan bercuti ekoran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kini giliran pelajar berkenaan pula kembali ke sesi persekolahan.

Susulan PKP akibat ancaman pandemik COVID-19 pada Mac lalu, pihak sekolah mengguna kaedah ‘Home-Based Learning’ bagi meneruskan pembelajaran para pelajar yang hanya berada di rumah.

Mengambil maklum kekangan dihadapi oleh para pelajar, ibu bapa dan guru semasa pelaksanaan pembelajaran dalam talian, keputusan pembukaan semula sekolah yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dilihat tepat bagi memastikan motivasi pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

Namun pihak sekolah dan pelajar perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerana penularan wabak COVID-19 masih berada dalam komuniti dan setiap orang perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baharu.

Pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga tingkatan empat pula adalah pada minggu berikutnya, 22 Julai.

Selain pelajar dan guru, ibu bapa juga turut sibuk menyusun atur kembali jadual, mengatur masa serta menguruskan keperluan harian anak-anak bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.

Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini sesi persekolahan dibuka semula kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

https://t.me/MKNRasmi/3235

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply