Selamat bertunang, Tasha Shilla bakal berkahwin Jumaat ini

0

Memilih tanggal 23 Februari 2020 sebagai hari pengikat cinta dirinya bersama pasangan, Tasha Shila selamat melangsungkan majlis pertunangan semalam.

Berkenalan menerusi seorang rakan sejak Disember lalu, pelakon cantik dan tinggi lampai ini memilih jejaka berkerjaya dalam bidang kewangan sebagai pilihan hati.

Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah, tanpa diduga ia berputik rasa sayang dan cinta.

Majlis istimewa yang berlangsung secara tertutup itu diadakan di Empire Damansara yang dirai oleh ahli keluarga serta kenalan rapat sahaja.

Tasha dan Muhammad Atiq Idris dijangka akan diijab kabul akhir bulan ini iaitu 28 Februari di Masjid Wilayah dan majlis resepsi bakal diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Pada majlis pertunangan itu, Atiq menyerahkan sebentuk cincin, tepak sirih dan beberapa hadiah sampingan lain.

Tasha atau nama sebenarnya, Nastasha Sheila Abdul Razak telah dirisik oleh pihak lelaki pada awal bulan, 1 Februari.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply