Selamat berbuka dengan kueh mueh baju saya ya! Idea kreatif netizen raih perhatian Menteri Kanan Kluster Keselamatan

0

Beberapa hari kebelakangan ini, tular di platform media sosial apabila netizen mempertontonkan pakaian yang dikenakan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan sidang media harian COVID-19.

Pakaian rekaan batik yang dikenakan oleh beliau sememangnya cantik dan menarik serta berwarna-warni.

Namun apa yang melucukan, warganet menyamakan corak pakaian beliau itu dengan corak kuih-muih dan ais krim.

Memetik perkongsian beliau di laman media sosial Facebook @Ismail Sabri Yaakob, beliau tidak terfikir akan idea yang dicetuskan oleh warganet.

“Kreatif betul warganet. Baju saya dah jadi kueh-mueh.Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak,” tulisnya.

Nyata perkongsian terbabit menghiburkan warga maya termasuklah Dato’ Seri sendiri.

“Terima kasih warganet kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia.

” Selamat berbuka puasa dengan kueh- mueh baju saya ya..😄,” selorohnya lagi.

Paling penting, Dato’ Seri nampak muda dan santai apabila memakai pakaian dengan warna ceria! 😎

Sporting juga Dato’ Seri ya!

Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh mueh. Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Jumat, 01 Mei 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply