Sektor-sektor tertentu dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat keselamatan

0

Memahami keluh kesah rakyat, juga kebimbangan mengenai tempoh memulakan kembali perniagaan atau operasi syarikat masing-masing, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi sedikit bayangan mungkin akan melegakan hati para pengusaha.

Menurut beliau, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat-syarikat dalam sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi.

Namun ia tertakluk kepada pematuhan syarat yang harus mementingkan keselamatan pekerja, penjarakkan sosial dan kebersihan di tempat kerja.

“Pada masa ini beberapa sektor ekonomi telah dibuka dan selepas ini kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan sub-sektor yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat.

“Ini untuk menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat,” ujar beliau.

Menurutnya, garis panduan serta syarat-syarat yang terperinci akan diberikan kepada para pelabur dan sektor korporat utuk memulakan operasi syarikat masing-masing.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply