Sektor industri kreatif dibenarkan beroperasi bermula esok

0

Mendengar keluh kesah semua pihak, hari ini kerajaan mengumumkan perkhabaran baik buat penggiat seni tanah air.

Kerajaan memutuskan kebenaran operasi bagi sektor industri kreatif dengan SOP yang ketat bermula esok.

Antara senarai sektor kreatif yang dibenarkan beroperasi adalah produksi animasi atau muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio dan pra-produksi penggambaran.

Bagi penggambaran di studio membabitkan drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitkom, live streaming,  rakaman kebudayaan, seni dan warisan dibenarkan tanpa kehadiran penonton.

Semoga dengan perkhabaran baik ini dapat meringankan beban mereka-mereka yang terlibat.

Leave a Reply