Sejumlah 24.62 juta topeng muka akan diedar kepada orang ramai di seluruh negara

0

Seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan akan mengagihkan topeng muka secara percuma kepada rakyat di seluruh negara.

Menurut Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, sejumlah 24.62 juta topeng muka sedang dalam proses pengedaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk diedarkan kepada setiap daerah.

Sebanyak empat keping topeng muka akan diagihkan oleh JPBN kepada setiap isi rumah melalui petugas barisan hadapan.

Seperti yang disarankan oleh KKM, hanya individu bergejala sahaja perlu memakai topeng muka.

Manakala, penghantaran topeng muka ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan disegerakan dengan bantuan penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat ini.

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Selasa, 07 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply