Sedang mengenali dan rapat dengan seorang Arkitek yang juga anak ahli politik, Mira Filzah bakal berkahwin tahun ini?

0

Sebelum ini timbul desas desus pelakon Mira Filzah akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Terkini, Mira Filzah tampil menjawab persoalan dan pertanyaan dari para peminat dan juga rakan artis sekaligus mengakhiri khabar angin berkenaan.

Mira Filzah mengakui kini dia sedang mengenali dan berhubungan rapat dengan seorang lelaki.

Namun dia tidak mahu menidakkan ataupun mengiyakan berkenaan isu berkahwin kerana perkara itu harus dibincang untuk mendapat keizinan dari kedua-dua belah pihak.

Dalam masa setahun, pelbagai perkara mungkin berlaku. Niat untuk mendirikan rumahtangga sudah ada namun kedua-dua belah pihak masih belum membuat apa-apa keputusan.

Setiap pasangan pastinya inginkan hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin, ulas Mira Filzah.

Dipercayai Mira Filzah sudah dirisik oleh keluarga jejaka berkenaan apabila kelihatan sebentuk cincin belah rotan dipakai cantik pada jari Mira.

Difahamkan jejaka berkenaan adalah seorang Arkitek dan mempunyai firma seni bina sendiri dan merupakan anak kepada seorang ahli politik dan juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Mereka berdua dikatakan mempunyai hubungan istimewa apabila pasangan ini tampil dikhalayak ramai di majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Farah Nabilah baru baru ini.

Jejaka berkenaan juga merupakan abang kepada suami bekas pengacara Motif Viral, Shalma Ainaa.

Leave a Reply