11 tentera AS cedera dalam serangan peluru berpandu Iran di Iraq

0

WASHINGTON: Kira-kira  11 tentera Amerika Syarikat (AS) cedera dalam serangan Iran ke pengkalan Iraq di mana tentera Amerika ditempatkan, kata Central Command AS walaupun tentera AS sebelum ini menyatakan tiada korban jiwa yang berlaku.

“Walaupun tiada anggota perkhidmatan AS terbunuh dalam serangan Iran pada 8 Januari yang di pengkalan udara Al-Asad, namun beberapa tentera telah dirawat akibat gegaran dari letupan itu ,” kata jurucakap kanan AS, Kapten Bill Urban dalam satu kenyataan.

Ketika serangan itu berlaku, sebahagian besar daripada 1,500 tentera AS di pengkalan itu telah berada di kubu, selepas peringatan awal dimaklumkan dari pihak atasan.

Serangan berkenaan menyebabkan kerosakan bahan yang signifikan namun tiada korban seperti yang dilaporkan sebelumnya dari tentera AS.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga berkata pada waktu pagi berikutan serangan itu bahawa “tiada apa yang merugikan AS dalam serangan malam tadi.”

Bagaimanapun, Urban berkata bahawa “pada hari-hari selepas serangan itu, dari banyak amaran, beberapa anggota perkhidmatan telah dibawa keluar dari Pengkalan Udara Al-Asad.”

“Pada masa ini, lapan individu telah dibawa ke Landstuhl, dan tiga lagi telah ke Camp Arifjan,” katanya, merujuk kepada Pusat Perubatan Wilayah Landstuhl di Jerman dan Camp Arifjan di Kuwait.

Selain Pengkalan Udara Ain Al-Asad di Barat Iraq, peluru berpandu Iran juga mensasarkan ke pengkalan di Irbil, menempatkan tentera AS dan pasukan asing lain yang ditempatkan dalam koalasi pimpinan AS yang akan memerangi beberapa kumpulan jihad Islam.

“Apabila dianggap sesuai untuk bertugas, anggota perkhidmatan dijangka kembali ke Iraq selepas pemeriksaan dilakukan,” kata Urban.

Leave a Reply