Sebar bahan bukti salah laku dan gangguan seks babitkan pendakwah, ganggu kerja polis

0

Susulan dakwaan salah laku dan gangguan seksual babitkan seorang pendakwah terkenal.

Segala bukti dan maklumat berkaitan sewajarnya diserahkan kepada polis dan bukan disebarkan di media sosial.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, perbuatan menyebarkan bukti dan maklumat itu jelas mengganggu proses siasatan polis ke atas pendakwah terbabit yang kini masih berjalan.

“Kita buka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video dan mesej lucah berkenaan kerana ia mengganggu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pendakwah terbabit.

“Kita minta orang ramai di luar sana agar menghormati siasatan yang kini sedang dijalankan secara lebih terperinci pihak polis.

“Patuhilah undang-undang kerana kita tidak mahu kenyataan yang disebarkan itu mengganggu siasatan kes yang sedang berjalan.

“Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan (ke atas pendakwah) seterusnya merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara.

“Pihak polis berharap perkara ini diambil maklum dan difahami oleh semua pihak yang mempunyai maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply