Scha, awal selamat timang anak perempuan kedua

0

“Welcome to the world Baby L”

Pelakon dan pengacara Scha Al Yahya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada jam 9.15 minit pagi tadi bertempat di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook peribadinya, bayi perempuan seberat 3.2kg dan dirinya berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini.

“Scha sekeluarga memanjatkan kesyukuran kehadarat Allah SWT diatas kelahiran dan amanat ini.

“Juga jutaan terima kasih dan syukur diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.

“Kami memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari. InshaAllah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” kongsi Scha.

Tahniah Scha dan Awal. Pasti kakak Lara teruja mendapat ‘kawan baru’!

#schawaljr

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply