Scarlett Johansson ‘hamil’ anak pertama dengan suami Colin Jost

0

Pelakon cantik dan berbakat Hollywood, Scarlett Johansson dan suaminya Colin Jost dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka dalam waktu terdekat.

Pelakon Black Widow, yang sudah menjadi ibu kepada anak perempuan Rose berusia enam tahun dari perkahwinannya sebelumnya dengan bekas suaminya Romain Dauriac, dikatakan sarat mengandung dan dijangka bakal melahirkan bayi keduanya tidak lama lagi, kata sumber.

Lapor Page Six, Scarlett, 36 tahun dikatakan merahsiakan kehamilan keduanya ini.

Pasangan ini turut dikatakan telah berkahwin secara senyap pada Oktober 2020, kata sumber.

Scarlett dan Colin didakwa berkenalan dan telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2017. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply