Scammer perdaya mangsa guna gambar jurusolek

0

Jurusolek yang juga pengasas jenama kosmetik Alha Alfa menjadi mangsa terbaharu scammer yang mengunakan gambarnya untuk meminta wang daripada orang ramai.

Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil berkata scammer terbabit menggunakan gambar profilnya sebagai poster bagi tujuan mempromosi skim cepat kaya.

“Allahuakbar. Saya tak terlibat dengan mana-mana skim cepat kaya.

“Tolong hati-hati. Jangan percaya mana-mana company yang guna gambar saya sesuka hati.

Janganlah semudah itu, jangan mudah terpedaya. Tanyalah saya terlebih dahulu. Kenapa setelah transfer (duit), baru nak cari saya?,” ujarnya kesal.

Alha menasihatkan mereka yang menjadi mangsa agar segera membuat laporan polis.

Dia turut menekankan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya dan perlukan usaha yang bersungguh-sungguh, begitu juga dengan dirinya.

Untuk rekod, Alha pernah menyolek selebriti terkenal seperti Uqasha Senrose, Fasha Sandha, Ayda Jebat, Nelydia Senrose, Zara Zya, Jihan Muse dan Amy Mastura.

Hmmm… mudah sungguh orang mempergunakan nama pihak lain demi mengaut keuntungan.. Semoga kita terhindar dari penipuan sebegini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply