“Saya tetap hormat dia sebagai Perdana Menteri, dan orang lebih tua pada saya” – Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak

0

Walaupun hubungan Perdana Menteri Tun Dr Mathahir dan Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak masih lagi di katakan “tegang”, namun beliau tetap menghormati Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri dan sebagai orang lebih tua pada beliau.

Tambah Dato’ Seri Najib yang kini popular digelar BossKu, beliau tidak pernah lupa sumbangan Tun Dr Mahathir pada kerjaya beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan sebagainya.

“Saya tetap hormat dia sebagai Perdana Menteri, sebagai orang lebih tua pada saya”

“Dan saya tidak lupa juga beliau menyumbang kepada kerjaya saya sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan sebagainya”, katanya.

Tun Dr Mahathir menyerah borang keahlian UMNO sejurus Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada tahun 2009

Dato’ Seri Mohd Najib berkata walaupun hari ini mereka mempunyai pendapat yang bertentangan, tetapi itu politik dan beliau tak pernah memandang dari sudut personal.

Dalam politik beliau mengelak daripada menyerang secara peribadi.

“Walaupun kita hari ini kita mempunyai pendapat yang bertentangan, tapi itu politik”

“Saya tak pernah personal”, katanya.

Ketika ditanya soalan sama ada beliau sayang atau tidak Tun Dr Mahathir, beliau jawab “Saya hormat dia”.

Datuk Seri Najib Razak ketika ditanya mengenai Tun Dr Mahathir oleh Apek Cina

Beliau berkata demikian ketika temubual oleh En Zee How Tai di Facebook dan Youtube Ulasan Apek Cina yang berdurasi 17minit malam tadi.

Leave a Reply