“Saya akan cari ikhtiar agar peniaga kecil boleh berniaga” – Tan Sri Annuar Musa

0

Susulan kebenaran operasi beberapa sektor ekonomi diumumkan kerajaan, perkara terbabit menjadi bualan para peniaga kecil yang masih belum boleh membuka perniagaan.

Perkara berkenaan mendapat perhatian Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang memuatnaik entri di laman Twitter rasmi miliknya mempertahankan nasib para peniaga kecil ini.

“Kilang besar,gedung besar,megamall semua sudah boleh berniaga tapi penjaja kecil, pasar terbuka, pasar terbuka masih tak dibenar.Mereka yg kesusahan.Berbulan tanpa pendapatan,” tulis beliau.

Tambahnya, beliau akan mencari jalan keluar agar para peniaga kecil segera boleh berniaga demi kelangsungan hidup namun diingatkan perlu patuh SOP yang telah ditetapkan.

Para peniaga juga harus mengikuti dan memahami norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Hasrat yang diutarakan beliau turut disokong oleh warganet yang rata-rata memahami akan keluh kesah para peniaga dan turut berterima kasih dengan usaha yang akan dilakukan oleh menteri terbabit.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply