Saudi Arabian Airlines umum pakaian seragam krew kabin yang baru

0

Saudi Arabian Airlines (Saudia), telah mengumumkan pelancaran pakaian seragam anak-anak kapal, menampilkan pakaian yang direka khas untuk semua anggota pasukan penerbangan berkenaan.

Saudia memulakan pratonton pakaian seragam baru di Paris Charles de Gaulle dan laluan di Heathrow, London dengan perancangan untuk menambah rangkaian laluan sebelum pertengahan tahun hadapan.

“Pembukaan imej baru semua krew kabin baru sebagai sebahagian daripada peningkatan dan tambahan serta penambahbaikan layanan ;  ia mencerminkan perkembangan global syarikat penerbangan itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata pihak penerbangan Saudia dalam satu kenyataan.

Para penumpang menerima sambutan dengan mesra dengan perubahan terkini dan ianya bersifat kosmopolitan dari perkhidmatan dalam pesawat.

Pakaian seragam baru mempunyai palet berwarna ungu, kuning air, emas dan biru diraja.

Reka bentuk Arabesque menumpukan kepada semua bahagian pakaian seragam, bermula dari pin, selendang wanita, kain, signature blazer dan banyak lagi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

Leave a Reply