Saringan fokus kumpulan berisiko tinggi, isolasi dan rawatan

0

“Adapting to the “new normal”, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian beliau di laman Facebook rasminya.

Menurut beliau, pada julung kalinya, Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan telah dijalankan secara atas talian bersama Pengarah-pengarah Bahagian, Institusi dan Kesihatan Negeri dari seluruh negara.

Berbeza dengan siri Mesyuarat Khas KPK yang lalu, agenda kali ini lebih tertumpu sepenuhnya untuk menambahbaik penyelarasan tindakan pengawalan wabak COVID-19 di semua peringkat dan negeri.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3204034472953752&id=578835322140360

“Fokus utama dalam pencegahan dan kawalan kawalan jangkitan COVID-19 adalah memanjangkan fasa pembendungan selagi mungkin.

” Pendekatan ini diambil melalui pengesanan kes secara Active Case Detection (ACD), saringan berfokus kepada kumpulan berisiko tinggi, isolasi dan rawatan”, katanya.

Tambah beliau lagi, dalam memerangi penyebaran COVID-19 ini, kerjasama daripada semua agensi termasuk agensi kerajaan, bukan kerajaan dan semua penduduk Malaysia adalah amat diperlukan.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah yang sedang bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19 ini.

“Peperangan kita belum berakhir. Kita belum menang, namun kita belum kalah. Kuatkan semangat, tekadkan usaha anda” ujar beliau sebelum mengakhiri perkongsiannya.

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply