Sarah Hildebrand diijabkabulkan hari ini, pilih jejaka Filipina, Amerika sebagai suami

0

Tanggal 3 November 2019, menjadi detik bersejarah bagi pasangan Sarah Hildebrand, 29 dan Otto Gillen, 26 apabila telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.

Dengan sekali lafaz pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto dengan tenang melafazkan akad nikad sekaligus sah menjadi suami kepada pelakon, pengacara dan model berkenaan.

Majlis diadakan di masjid berhampiran kediaman pelakon jelita itu iaitu Masjid As-Sobirin di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Kaum keluarga serta kenalan rapat turut hadir memeriahkan majlis pernikahan pelakon kacukan Melayu, Amerika, Jerman yang memulakan kerjaya lakonannya sejak 2015.

Menerusi entri @jaydeesm yang turut serta menghadiri majlis berkenaan, dia telah memuat naik beberapa foto dan video detik pasangan ini disatukan.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda terdahulu pernah menjalinkan hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir.

Namun hubungan percintaan yang dibina selama lima tahun itu telah berakhir pada awal tahun ini.

Leave a Reply