Santai dan menghiburkan #Don’tRushChallenge barisan doktor perubatan

0

#Don’tRushChallenge yang sedang viral di kalangan selebriti terutamanya artis wanita memang menarik dan menghiburkan.

Paparan video dimulakan dengan keadaan mereka sebelum bersiap dengan wajah selamba dan semulajadi.

Selepas ‘menyapu’ berus pada permukaan skrin, penampilan mereka berubah serta merta menjadi lebih cantik lengkap dengan solekan dan pakaian yang rapi.

Tidak mahu ‘ketinggalan dengan trend semasa’, beberapa barisan doktor muda turut menunjukkan skill sisi lain mereka menjayakan ‘don’t rush challenge’ ini.

Terlihat santai dan comel bermain stateskop ketika transformasi dan mungkin ini cara para barisan hadapan berehat serta menenangkan diri sebelum berjuang sekali lagi dalam tugasan mereka.

Boleh tahan sporting juga doktor-doktor kita ni kan!

Cayalah! 😎

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

doktor lempar stethoscpe .midwife nak lempar apa?bagi cadangan😂😂

Dikirim oleh Nor Azniza pada Senin, 04 Mei 2020

Leave a Reply