Bendera PAS berkibar di PWTC tanda silaturrahim UMNO-PAS bertaut kembali

0

Kuala Lumpur 14 Sept 2019 : Sejarah tercipta apabila bendera UMNO dan PAS berkibar megah di persekitaran Bangunan Pengurusan Utama UMNO, PWTC, Kuala Lumpur.

Di setiap aras bangunan PWTC juga di penuhi bendera merah-hijau yg melambangkan penyatuan UMNO dan Pas.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ini adalah acara bersejarah yang menyaksikan UMNO-Pas memeterai piagam bersama sempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsung hari ini.

“Ini bukan himpunan untuk orang Melayu Islam. Tetapi juga akan dihadiri oleh pelbagai kaum dan agama”, katanya.

Tambah beliau lagi, pihak pengurusan telah meyediakan tempat duduk untuk parti-parti lain yang mahu sertai bersama dalam mencapai matlamat nasional.

UMNO & PAS: ADIK BERADIK

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berterima kasih kepada pihak pengurusan UMNO di atas persediaan tempat untuk para perwakilan daripada parti PAS.

“Saya bagi pihak PAS mengucapkan segulung penghargaan kepada ADIK BERADIK KAMI UMNO kerana mengizinkan kita menggunakan seluruh ruang di PWTC untuk melangsungkan majlis bersejarah ini”, tambahnya.

Terdahulu beliau turut memuat naik status “Tak terbayang bendera PAS akan terpampang di PWTC…” di laman Facebook miliknya.

Leave a Reply