Samsung bakal lancar telefon ‘flip’ skrin awal Februari depan

0

Samsung kini sedang giat membangunkan telefon pintar ‘flip’ dengan keupayaan skrin boleh lipat sekali gus memberi kepelbagaian variasi peranti yang menggunakan teknologi sama di pasaran.

Syarikat elektronik tersohor yang berpangkalan di Korea Selatan itu dikatakan bakal memperkenalkan peranti baharu tersebut dimana akan turut menampilkan ciri sama dengan Samsung Galaxy Fold selepas kejayaan mencetuskan revolusi trend peranti yang menggunakan skrin boleh lipat.

Samsung bakal melancarkan telefon pintar flip yang menggunakan skrin boleh lipat seawal Februari depan, demikian mengikut khabar angin yang sedang tular.

Manakala telefon pintar kelas premium Galaxy S11 pula dijangka akan diperkenalkan pada penghujung Februari sekaligus tampil sedikit lewat dari pelancaran peranti ‘flip’.

Peranti flip ini dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 6.7 inci dan berubah apabila pengguna membuka peranti berkenaan.

Jika khabar angin ini benar maka Samsung akan menawarkan harga yang lebih baik berbanding Galaxy Fold mengikut ramalan pemain industri.

Malah syarikat ini juga dikatakan bakal melancarkan Galaxy Fold generasi kedua pada tahun ini.

Ianya sekali gus tampil menjadi syarikat utama yang memperluaskan teknologi skrin boleh lipat berkenaan.

Leave a Reply