Saksi utama kes berprofil tinggi maut

0

Saksi utama bagi satu kes berprofil tinggi di Pulau Pinang yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditemui mati pagi tadi.

Siasatan awal polis mengesahkan lelaki berkenaan yang dikatakan terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawei, Georgetown.

Terdahulu Berita Harian memetik sumber SPRM mengesahkan perkara itu berkata, individu terbabit adalah salah seorang ahli perniagaan yang disiasat berhubung kes berkenaan.

“Si mati adalah saksi pendakwaan bagi kes yang dikaitkan dengan seorang ahli politik,” katanya.

Kes itu dipercayai berkait projek mega di Pulau Pinang, yang masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Media hari ini melaporkan seorang lelaki yang juga pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang, ditemui mati selepas dikatakan terjatuh dari sebuah kondominium, pagi tadi, dengan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply