Sah bergelar saudara baru, bekas pemain Pahang, JDT dan Selangor R.Gopinathan pilih nama Muhammad Gopi Rizqi

0

Alhamdulillah saban tahun, semakin bertambah umat Islam dengan kehadiran saudara baru.

Rata-rata kehadiran saudara baru ini datang dari pelbagai bangsa dan juga negara.

Terbaru, dikhabarkan bintang bola sepak R. Gopinathan telah sah memeluk Islam pada hari Rabu bertempat di pejabat Majlis Agama Islam Pahang.

Rakaman video memaparkan bekas pemain pasukan Pahang, Selangor dan JDT ketika melafazkan dua kalimah syahadah tular di media sosial.

Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra telah menjadi pilihan sebagai nama Islam selepas bergelar Mualaf.

Menurut sumber, pemain sayap bagi pasukan PDRM FA itu dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis Melayu pilihan hatinya dalam waktu terdekat.

 

Leave a Reply