Saffiey Illias kembali berpakaian wanita

0

Kekecohan yang belum lagi reda melibatkan jutawan kosmetik,Muhamad Sajjad Kamaruz Zaman, kini media sosial digemparkan lagi dengan satu lagi isu baru .

Siapa sahaja yang tidak mengenali usahawan dan jutawan muda Safiey Illias yang dahulu pernah ‘bertaubat’ dan berubah kembali ke fitrah asal seorang lelaki.

Sebelum ini Safiey pernah memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu lagi mengecewakan ibu bapanya malah dia turut mengatakan sudah membuang silikon di dadanya kerana sudah tidak mahu berpenampilan yang bertentangan dengan sifat azalinya.

https://instagram.com/safieyillias94?igshid=qxw7vwhkvb3s

Namun sayangnya kini sekali lagi Safiey tampil berpewatakan wanita setelah beberapa bulan mendiamkan diri dari laman Instagramnya.

Menurutnya, keadaannya semasa mendiamkan diri dari media sosialnya, dia seperti bayi yang tidak dapat mengingati dan melakukan apa-apa malah semuanya terpaksa dibantu oleh ibu bapanya.

Safiey turut memuat naik sekeping gambarnya dengan ‘caption’ yang mengatakan “maafkan aku jika hasratku keliru”.

Warganet mula menghentam Safiey berhubung dengan tindakannya itu.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply