Rupa lebih matang tanpa solekan-Netizen

0

KUALA LUMPUR 30 Ogos 2019 : Apa sahaja yang dilakukan oleh figura kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pasti akan menarik perhatian para peminat dan netizen untuk memberi pandangan mereka masing-masing.

Perkongsian tutorial make-up oleh penyanyi tersohor negara itu menerima kritikan dan komen sinis dari netizen.

Video berdurasi 33 saat yang dimuat naik oleh penyanyi berkenaan ditonton lebih 400 ribu oleh para pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Dengan lebih 600 komen, pelbagai pendapat diutarakan oleh netizen-netizen.Terdapat komen-komen nakal yang mengatakan wajah beliau tanpa sebarang solekan kelihatan lebih matang dari usia.

 

Namun ada juga yang mempertahankan dan memuji tindakan penyanyi itu yang berani dan konfiden menampilkan wajah tanpa secalit solekan untuk tatapan umum.

Leave a Reply