Rumusan kes kluster COVID-19

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menemui hubung-kait epidemiologi dengan kluster atau subkluster sedia ada terhadap kes COVID-19 yang sebelum ini dikelaskan sebagai ‘masih dalam siasatan’.

Penemuan itu akan dikongsi dan dimaklumkan setelah Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan-jabatan Kesihatan Negeri dan juga CPRC Kebangsaan melakukan dan menjalankan siasatan lanjut.

Terkini #covid19malaysia, 19 MeiAdalah dimaklumkan bahawa setelah siasatan lanjut dapat dijalankan oleh…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 19 Mei 2020

Susulan pengelasan semula data bagi kes yang telah dikenal pasti punca dan hubungkait jangkitan COVID-19, pihak KKM turut melaporkan 972 kes yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling (sama ada kes indeks atau generasi pertama hingga generasi kelima).

Oleh kerana itu, jumlah kes COVID-19 yang berkaitan dengan kluster Perhimpunan Seri Petaling adalah 3,347 kes berbanding jumlah sebelum ini iaitu 2,375 kes.

Ini bermakna kluster dan subkluster Seri Petaling kini menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia.

#kitamestimenang.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply