Ruang pameran tingkat bawah pusat membeli belah Mid Valley Southkey terbakar

0

Satu perkongsian video kebakaran yang berlaku di Mid Valley Southkey, Johor Bahru oleh pengunjung pusat membeli belah berkenaan, Mufasa di laman Twitter miliknya telah tular pada hari ini.

Menurut sumber dari laman Facebook The Mall Mid Valley Southkey, kebakaran terbabit berlaku di ruang pameran tingkat bawah yang mempamerkan kelengkapan rumah berjenama Getha.

Pihak pengurusan pusat membeli belah memaklumkan kebakaran berjaya dipadam dan mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku semasa kebakaran berkenaan.

Pihaknya berkata, punca kebakaran belum dikenalpasti dan masih dalam siasatan.

Leave a Reply