Rosmah menangis, sifatkan pertuduhan rasuah terhadap dirinya perbuatan zalim, kejam

0
Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan pertuduhan rasuah terhadap dirinya adalah perbuatan zalim dan kejam.

Datin Seri Rosmah, 69, bagaimanapun tidak dapat menahan emosi dan menangis di Mahkamah Tinggi hari ini ketika membacakan dua halaman terakhir pernyataan saksinya pada hari kedua prosiding membela diri.

Datin Seri Rosmah, menghadapi tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dalam pernyataan saksinya, Datin Seri Rosmah berkata pihak pendakwaan ‘menutup kedua-dua belah mata’ apabila wujud kesalahan dan ketidakaturan dalam proses tender Jepak Holdings Sdn Bhd yang didalangi Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM) ketika itu, Tan Sri Madinah Mohamed serta Datuk Seri Alias Ahmad yang juga KSU KPM menggantikan Tan Sri Madinah.

Ketiga-tiganya adalah saksi pendakwaan (SP) dalam perbicaraan kes itu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply