RON97, RON95 naik 3 sen, Diesel naik 4 sen

0

Selari dengan perubahan harga minyak mentah dunia pada masa ini, harga runcit petrol RON97 dan RON95 terus meningkat naik iaitu sebanyak tiga sen pada minggu ini.

Berdasarkan pengiraan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), masing-masing dengan harga RM1.89 seliter bagi RON97 dan RON95 RM1.59 seliter.

Seterusnya, harga runcit diesel ialah RM1.77 seliter dengan penambahan sebanyak empat sen bermula hari ini.

Siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia mengenai harga runcit produk petroleum secara mingguan ini adalah bagi tempoh 20 Jun sehingga 26 Jun 2020.

Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 20 Jun 2020 Sehingga 26 Jun 2020.

Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Friday, 19 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply